Ya Allah , kurniakanlah aku peribadi yang baik agar aku dapat menjadi contoh kepada orang lain untuk tetap bertakwa kepada-Mu .

Saturday, 30 June 2018

Selamat Hari Raya !

Assalammualaikum
Hello.


Alhamdaulillah, tahun ini aku sekeluarga dapat beraya bersama-sama di Perak, kampung halaman mak.Sudah kebiasaannya kita orang akan balik pulang beraya di Perak. Kak long pun beraya bersama, dari Johor terus ke Perak hari raya pertama. Tapi, tak dapat bergambar bersama-sama dengan baju raya pada hari pertama.

Tahun ini warna biru muda, berbaju Melayu Johor.

Selalunya selepas solat Aidilfitri baru kita orang akan pulang ke kampung, tapi tahun ini berbeza sikit. Kita orang pulang lebih awal. sehari sebelum dan berbuka puasalah di kampung.

Petang itu pergi bazar. Bazar masih meriah. Oh, mungkin sebab orang ramai pulang ke kampung, jadi mereka masih punya pelanggan untuk berniaga. Tapi hari itu merupakan kali pertama aku dengan kakak aku pergi ke bazar untuk beli juadah buka puasa. Hari- hari biasa, semua kerja, mak yang pergi bazar dan makanan dah tersedia. Sekali pergi bazar, semua benda nak beli. Haha. Lagi pun masa dekat kampung itu ada dua keluarga, keluarga aku dan pak cik aku, jadi belilah makanan lebih sikit, tapi lebih banyak.. Haha, sebab mak ada bawak siap lemang dengan ketupat palas dengan rendang sekali, jadi makanan jadi bertambah. Semakin dewasa ini, bila berbuka, bukan nak makan sangat, takde teringin apa-apa pun. Cukuplah apa yang ada, asal dapat berbuka.

Esoknya solat raya. Solat sepatutnya mula pukul 8.30 pagi, tapi pukul 8 kita orang dah bergegas pergi. Solat dekat surau kampung. Sampai je dekat surau, kosong weyh. Ada tok imam dan 3 orang jemaah lain ( ajk surau kampung maybe ). Jadi aku lepaskan nafas panjang dan tergelak kecil. Hiks.
Sebab apa?. Kebiasaannya, masjid-masjid atau surau akan penuh dengan jemaah pada waktu itu, tapi berbeza keadaan dengan surau kampung aku. Mungkin ada banyak lagi surau dan mengikut kampung. Takpelah, yang buatkan aku gementar, bila jemaah sikit jadi yang melaungkan takbir juga sikit dan aku nampak microphone berjalan dari jemaah ke jemaah. Pak cik aku suruh aku takbir, dengan pantas geleng kepala.

Haha, mahunya kalau silap, malu babe, suara dengar satu kampung.
Haha.

Aku keturunan Jawa, jadi selalunya bila selesai solat, penduduk kampung akan melakukan 'baraan' dari satu rumah ke satu rumah ahli kariah kampung sebagai tanda mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Sudah lama sebenarnya aku tak ikut 'baraa', kalau ada pun masa aku kecil. Jadi agak terujalah tahun ini dapat ikut serta lagi sekali, yang paling teruja sekali adik aku, sebab dia tak pernah lagi. Dia ikut sampai habis 'baraan', dari pagi sehingga selepas solat Jumaat. Aku, lepas solat Jumaat dah menyerah.

Apa pun,
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin.

Sincerely, A.



No comments: