Assalammualaikum
Hello.
Aku dengan dia beza 2 semester.
Nak kata rapat memang kita orang tak rapat pun pada mulanya. Hazman Ismail, dia punya personaliti yang sangat strong berbeza dengan aku.
Hazman atau aku lebih suka panggil dia Man. Junior kawan aku masa dekat Politeknik dulu. Memang diorang kenallah antara satu sama lain.
Sepanjang dia masuk dari semester 1 sehingga dia semester 3 dan aku masa itu semester akhir. Kita orang mula jadi rapat. Aku pun tak tahu macam mana semuanya bermula. Kalau tak silap aku masa itu aku tak tahu nak jahit bahagian pinggang.
Teknikal aku sangat teruk, but not that bad. Still boleh jadi baju. And, alhamdulillah jahitan aku mula lebih konsisten dan bertambah baik.
Isnin lepas, Man hari graduasi dia.
Aku dapat panggilan telefon dari dia hari Sabtu, two days before his graduation day. Tanya tentang rule and regulation masa hari graduasi nanti. Based on myexperience, aku bagi tahulah apa yang boleh dan apa yang tak boleh. But, alhamdulillah everything going smooth.Sebab masa aku graduasi tak ada apa sangat masalah, cuma ada beberapa kawan aku kena tegur sebab tak pakai stoking, jadi kenalah beli stoking pakai. Haha..
Pagi Isnin itu aku pun sebenarnya tak pergi kerja, of course, aku dah rasa malas, cos.. at my workplace is not like before anymore, i don't know. I always checking my emails, if there is any better offer for me.. urmm.
So aku pun sebenarnya dalam delima, nak pergi atau tak. Aku direct message dia dekat instagram, confirmkan balik dia sesi pagi ke petang.
Okeyh petang.
Aku pun siap siap, bawak motor pergi Shah Alam. Singgah Aeon Mall Shah Alam nak cari topi, dalam masa yang sama cari buah tangan untuk Man. Nak beli bunga, bunga akan layu, jadi aku decide untuk beli biskut. Biskut Famous Amos sebagai cenderahati. At least, adalah nikmat dari bagi bunga. Hope Man will happy with the biscuit. Haha.
Sebelum Man balik Kedah, adalah kita orang bergambar bersama sikit-sikit.
Lepas balik itu aku jumpa dengan orang yang paling aku rasa, he is the only one that I can call him as my brother, big brother, Insan. Who I can say that he knows me well. Thank you.
Bila dah habis belajar ini bukannya macam zaman belajar dulu-dulu, just pick up your phone and call them to asked lepak. Its totally different right now. You have to made an appointment okeyh nak jumpa diorang. Haha..
Aku selalu tak dapat jumpa diorang, sebab aku selalu kena marah ajak lepak last minutes. Haha.
Sembanglah macam biasa. Tanya khabar dan perkembangan semasa.
" Rajinkan kau Alif, bawak motor pergi sini sebab kawan kau. Kalau aku, aku tak rajin. Tapi baguslah kau ingat kawan- kawan kau."
Terima kasih.
Aku datang majlis graduasi Man, sebab aku rasa ralat sangat, sebab tak dapat balas jasa dia tolong aku masa aku semester akhir. Masa dia semester akhir aku tak dapat nak tolong,dengan kehadiran aku masa majlis graduasi ini dapat kurangkan rasa ralat aku itu.
Aku akan sentiasa rasa seronok bila aku dapat meraikan kawan-kawan aku, walaupun apa yang aku buat itu tak adalah besar mana pun.
Apa pun tahniah Man, aku harap nanti dapat ronda-ronda Alor Setar lagi. Haha.
Sekian.

No comments:
Post a Comment