Ya Allah , kurniakanlah aku peribadi yang baik agar aku dapat menjadi contoh kepada orang lain untuk tetap bertakwa kepada-Mu .

Wednesday, 17 October 2018

Satu Bumbung, Berbeza Pintu

Assalammualaikum
Hello.


Masih ingat lagi 14 tahun yang lepas, bila aku dipaksa untuk sambung belajar ke sekolah aku. Aku berkeras tak nak, aku nak sambung belajar dekat sekolah biasa. Aku dah bersedia.

Sebab apa?.

Sekolah menengah harian biasa, bebas. Sekolah agam nanti semua tak boleh.
Ughh.

Nak minta masuk sekolah lain, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah pun macam satu perkataan,

B B B A B 1

Sebagai memenuhi permintaan ibu dan tidak mahu mengecewakan harapannya. 3 tahun aku menuntut ilmu dekat sekolah agama itu, sebelum sambung jadi Jurutera ( konon-konon).


Tapi itu semua dah berlalu, bertahun lamanya dan tidak mungkin kita dapat putar kembali masa untuk mengubah segalanya. 

Apa yang aku nak cuba sampaikan adalah, urmm...

Mungkin kita tinggal atas satu bumbung yang sama tapi pintu yang berlainan. Pintu yang pertama terletak disebelah utara dan pintu yang terakhir terletak di sebelah timur. Selama 11 tahun aku hanya tinggal dalam satu pintu sahaja, tak pernah pun aku ketuk pintu rumah-rumah yang lain. Macam mana cara kehidupan mereka, pergaulan, percakapan dan mungkin juga rupa mereka adakah sama seperti aku ataupu lain.

Sehinggalah aku masuk ke alam universiti, walaupun aku masih tinggal di pintu yang sama tapi, pintu aku mula menerima tetamu dari utara sehinggalah nun jauh di timur itu. Aku berlapang dada menerima kedatangan mereka. Mungkin inilah masanya untuk aku membuka mata seluas-luasnya, kerana waktu inilah yang akan menyedarkan aku bahawa kehidupan ini penuh mencabar dan setiap pintu, walaupun dibawah satu bumbung yang sama, kita tetap mempunyai perbezaan.

Setiap daripada kita pasti melakukan dosa dan menganggap apa yang kita lakukan hari ini adalah pengajaran hidup, mungkin pengalaman kerana " hidup hanya sekali ".

Betul, hidup kita hanya cuma sekali takkan ada peluang kedua untuk kita bangkit kembali dari mati untuk hidup sebagai manusia kembali. Tapi setiap apa dosa yang kita lakukan biarlah menjadi rahsia antara kita dan Allah s.w.t, tidak perlu untuk kita berasa bangga dengan dosa yang kita lakukan didepan manusia, sedangkan hina disisi Allah.


Segalanya bermula semalam. Aku berasa serba salah yang tidak terhingga dan sangat berdosa kerana aku tidak dapat membantu menyelamatkan mereka dari 'kenikmatan dunia' sehingga khayal dalam dunianya sendiri.

Mungkin selama ini aku begitu selesa dengan kehidupan dikelilingi oleh rakan sebangsa yang masih lagi punya batas dalam setiap perilaku. Selama ini aku hanya dengar cerita dan pengalaman dari rakan-rakan yang lain dan tidak pernah mengalaminya sehinggalah semalam. Didepan mata sendiri, rmereka, ' menjulang ' dan ' meraikan ' seperti tiada apa-apa dan aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Ya Allah.

Ia buat aku berasa berterima kasih yang aku masih lagi dipelihara oleh-Nya (aku berdoa dan mengharap beliau juga sentiasa dipelihara imannya oleh Allah swt, In shaa Allah, Amin.)

Agama tidak pernah salah, walaupun aku terkadang tersungkur juga melakukan dosa. Tetapi kita yang tidak pernah cuba untuk memahaminya.Bagi aku, agama menerangkan tujuan hidup kita didunia ini, tanpa agama kita tidak akan punya arah yang jelas tentang kewujudan kita didunia ini.
Setiap udara yang kita hirup ini memberikan kita harapan dan peluang untuk kita mengubah hidup kita kepada yang lebih baik.Letakkanlah kebergantungan hidup kita kepada Allah swt, in shaa Allah, Dia maha pengampun dan sayang akan hamba-hambanya.

Aku doakan semoga kita semua dipelihara oleh-Nya dan sentiasa mendapat petunjuk dan dihujani dengan hidayah oleh-Nya.

Amin.




Sincerely,
A.




No comments: