Ya Allah , kurniakanlah aku peribadi yang baik agar aku dapat menjadi contoh kepada orang lain untuk tetap bertakwa kepada-Mu .

Sunday, 11 October 2015

Apa Khabar

Editorial


Assalammualaikum
Hello,


Kali terakhir aku menulis dalam blog ini kira-kira dua tahun yang lalu, pada tahun 2013. Ketika itu aku masih lagi belajar. Sekarang aku seorang mahasiswa yang masih lagi tidak punya apa-apa pekerjaan. Sedangkan kawan yang sebaya aku sudah bersedia dan ada yang sudah menyarung jubah keramat tanda 'ter'bayarnya segala usaha selama bergelar sebagai seorang pelajar universiti. Aku masih ada lagi 7 bulan sebelum majlis graduasi aku yang bakal berlangsung, in shaa Allah pada bulan Mei 2016, tahun hadapan.


Masa aku sekarang ini, dihabiskan dengan menonton video-video di YouTube yang banyak memberikan inspirasi kepada aku untuk terus berjaya. Dengan amukan jolokan ahli usahawan muda atau 'young entrepreneur' di media-media sosial, usahawan-usahawan lokal yang berjaya dan berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan, kadang-kadang 'menyentapkan' perasaan dan mengetarkan arteri otak aku untuk terus berfikir. Aku selalu berangan, berkhayal dan mempunyai cita-cita yang sangat tinggi.

"I always have a big dream and always big!"


Tapi, seperti biasa masalah tidak yakin pada diri itu sentiasa menebal dalam diri. Aku ini seorang yang punya cita-cita yang besar, ada perasaan ingin mencuba, bila diberi peluang dan peluang itu mengecewakan, aku akan terus rasa tiada keyakinan. Ada sahaja yang tidak kena sampai aku terlebih fikir dan menjadi penghalang kepada semua impian aku itu.


Aku menghambakan diri aku belajar selama 3 tahun di sebuah universiti tempatan dalam bidang fesyen. Aku tahu mereka pakaian, menjahit dan melukis. Aku ada semua itu. Walaupun secara jujurnya aku tidak sepandai yang disangka tapi tidak bermakna aku tidak tahu. Aku cuma lemah pada bahagian teknikal. Itu semua adalah ilmu yang perlu dicari dan diasah. Ditambah pula dengan usaha, in shaa Allah aku boleh  lakukannya.


Sekarang ini aku duduk jauh dari keluarga, dengan istilah mudah, hidup bujang, dengan harapan dapat mencari pekerjaan. Sampai ke hari ini, aku masih belum punya rezeki. Mak sudah berpesan, jika tidak ada apa-apa, balik jelah ke rumah. Kata-kata ibu semuanya adalah doa. Aku percaya mungkin rezeki aku di tempat asal, bukan di tempat orang. Aku terperangkap dengan kata-kata pensyarah aku, dia menjadi seorang pensyarah kerana ibunya mahukan dia menjadi seorang tenaga pengajar. Walaupun sebelum itu dia hanya bekerja sebagai seorang tukang jahit, sebelum menyambung pengajian peringkat Ijazah. Dan akhirnya, dia menjadi seorang pensayarah. Kata azimat dia yang aku ingat ialah #restuIbu pasti kita akan mendapat berkat. Aku percaya pada kata-kata itu. Jadi aku mengambil keputusan untuk pulang pada minggu hadapan, jika segala urusan di sini sudah selesai.


Aku harap dengan penjanaan semula jenama blog aku ini, aku dapat berkongsi ilmu dalam bidang fesysen yang aku pelajari selama 3 tahun dengan korang semua. Walaupun ilmu itu tidak banyak, mungkin dengan ilmu yang sedikit itu, dapat mengubah kehidupan orang lain.#spreadyourlove #spreadagoodvibe #sayangidirimu.

Doakan yang baik-baik sahaja. Impian itu akan tetap aku kejar.


Team SBS: Aku harap kita ada masa lagi untuk semua ini.



No comments: