Ya Allah , kurniakanlah aku peribadi yang baik agar aku dapat menjadi contoh kepada orang lain untuk tetap bertakwa kepada-Mu .

Saturday, 17 February 2018

2018

Assalammualaikum.
Hello.


Dalam satu bulan setengah aku akan berumur 26 tahun ini.
#stillyoungandstrong.

Orang akan cakap hidup kau perlu kukuh dalam umur itu. 

Setiap tahun aku akan bertukar kerja. Tahun lepas merupakan tahun yang sangat bahagia bagi aku. Akhirnya aku dapat kerja yang aku inginkan. Walaupun bukan 100% pekerjaan yang aku inginkan,tetapi 20% ada kaitan dengan apa yang aku pelajari dan 80% pekerjaan yang aku impikan, iaitu senang dan mempunyai masa terluang yang banyak. Aku rasa itu adalah apa yang aku tunggu selama ini. Hampir 11 bulan and i drop my resignation letter. That was totally the moment i can't never forget.
Bila kau sudah dudk dalam ruang yang kau sangat selesa dan bila satu perkara atau masalah yang datang kau tak dapat nak atasi kau ambil jalan dengan membuat keputusan mengundur diri.

Aku kesal. (jujurnya)

Tapi dalam masa yang sama, aku isi pelaung sambung belajar dalam bidang kemahiran.
Aku tahu kau harus mengulangi kembali hidup seharian kau seperti sekolah. Aku ingat aku mampu, tapi aku tak mampu. Hanya bertahan sebulan setengah, aku berhenti.

Apa lagi yang aku nak buat?.

Aku cari kerja kosong dekat Indeed sebagai pereka fesyen. Ada satu. Dapat pergi temu duga dan terpilih antara dua pilihan untuk peringkat akhir. 

Gagal.

Perasaan tidak puas hati itu memang ada, sebab aku kalah pada calon yang, urmm.., mungkin dia ada apa yang aku tidak ada. Tahniah.

Balik rumah macam macam aku fikir,.. what next.







Sincerely,
Alif.